Kenali Tun Dr Mahathir Mohamad (Bapa Pemodenan Malaysia)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 10 Julai 1925).

Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk Malay Women Make Their Own Freedom (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).

 

Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara ‘Harimau Ekonomi Asia’.

Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.

 

Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).

 

Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.

 

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

 

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

 

Biodata Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

clip_image002

Nama sebenar: Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Nama komersial: Tun Mahathir

Nama bapa: Mohamad bin Iskandar

Nama ibu: Wan Tampawan

Adik beradik:
1)Mahadi (Meninggal dunia – 12 dec 2000)
2)Murad (Meninggal dunia)
3)Mustaffa (Meninggal dunia)
4)Mashahor (Meninggal dunia – 30 Sept 2002)
5)Rafeah (Meninggal dunia – 01 sept 2009)
6)Habsah (Meninggal dunia – 06 dec 2006)

Tarikh lahir: 20 december 1925

Tempat lahir: Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Agama: Islam

Bangsa: Melayu

Status: Berkahwin (05 ogos 1956)

nama isteri: Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali

Anak: 7 orang (4 lelaki dan 3 perempuan)

1.Datin Paduka Marina binti Tun Mahathir (lahir pada tahun 1957)

2.Mirzan bin Tun Mahathir (lahir pada tahun 1958)

3.Melinda binti Tun Mahathir (lahir pada tahun 1959)

4.Dato’ Mokhzani bin Tun Mahathir (lahir pada tahun 1961)

5.Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir (lahir pada tahun 1964)

6.Maizura (anak angkat) (lahir pada tahun 1984)

7.Mazhar (anak angkat) (lahir pada tahun 1984)

 

 

PENDIDIKAN

 

1930 – Malay School Seberang Perak Alor Setar, Kedah Darul Aman (sekolah rendah)
1945 – Senior Cambridge Certificate Government English School, Sekolah Menengah Sultan Abdul Hamid, Alor Setar (sekarang dikenali sebagai Sultan Abdul Hamid College)
1947 – King Edward VII College of Medicine, Singapore
1948 – MBBS University of Malaya, Singapore

 

KERJAYA & KRONOLOGI


1954 – 1957 : Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis
1957 : Membuka klinik sendiri, Klinik Maha
1973 : Pengerusi, FIMA Sdn Bhd
1974 : Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Razak
1976 : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
1977 : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri
1981 : Perdana Menteri Malaysia (ke-4)
1981-1986 : Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
1986 : Perdana Menteri (penggal kedua) dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
1987 : Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keadilan
1990 : Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keadilan
1995 : Perdana Menteri (penggal keempat) dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
1998 : Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kewangan Pertama
1999 – 2003 : Perdana Menteri (penggal kelima)
2001 : Gabenor, Bank Pembangunan Islam untuk Malaysia
2003 : Bersara sebagai Perdana Menteri
2003 : Lembaga Pengarah, Khazanah Nasional Bhd
: Penasihat, Lembaga Pembangunan LADA dan Tioman
: Penasihat, Petronas
2004 : Canselor, Universiti Teknologi Petronas
: Penasihat, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton)
: Penasihat, Lembaga Pembangunan Tioman
2006 : Pengerusi, The Loaf (M&M Consolidated Resources Sdn Bhd,
2011 : Cancelor Pertama, Universiti Perdana

Tun Dr. Mahathir offical website: www.chedet.cc
Tun Dr. Mahathir facebook: www.facebook.com/TunDrMahathir
E-mail: -

 

 

BIOGRAFI

 

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada 10 julai 1925, Tetapi menurut kepercayaan bapa Tun Dr. Mahathir (Mohamad bin Iskandar) yang juga seorang pengetua, kanak-kanak yang dilahirkan pada bulan julai atau separuh pertama tahun akan ketinggalan enam bulan kebelakang dan bapa beliau telah menetapkan tarikh lahir Tun Dr. Mahathir pada 20 december 1925 (tiada sijil kelahiran pada ketika itu)

Pada 1996 Tun Dr. Mahathir telah Menulis sajak bertajuk “Perjuangan yang Belum Selesai” dan mendeklamasikan sajak tersebut ketika Utusan Poetry Night yang keempat

pada 2001 Tun Dr. Mahathir telah Menyampaikan sajak bertajuk “Melayu Mudah Lupa” di Perhimpunan Agung UMNO.

 

laporan tokoh pengucapan umum ini Fik dapatkan daripada rakan kolej, Ammar Hazwan bin Ahmad

Terima kasih bro Smile 

Best of article !!!

2 Comments

Previous Post Next Post